Sunday, September 25, 2011

mengadu pun kena belasah

Parah dibelasah kerana mengadu

E-mel Artikel Cetak Artikel Tanda Artikel Besarkan Saiz Teks Kecilkan Saiz Teks Komen Artikel

BEIJING: Seorang pelancong diheret dari biliknya, dibelasah sebelum ditinggalkan di tepi jalan berhampiran rumahnya selepas cuba mengetengahkan masalah dihadapi kepada kerajaan.

Agensi berita Xinhua melaporkan, Zhao Zhipei tiba di Beijing dari Luoyang, Henan, untuk mengadu kepada sebuah biro pengaduan awam.


Bagaimanapun, sekumpulan lelaki memecah masuk bilik disewa Zhao di sebuah hotel sebelum mengheretnya ke dalam van.

Memetik kenyataan sumber, Xinhua melaporkan, Zhao dikurung dalam van berkenaan sementara dia dibawa pulang ke kampungnya di Luoyang.


Bagaimanapun, sepanjang perjalanan itu, Zhao dibelasah sehingga pengsan sebelum dia ditinggalkan di tepi jalan tidak jauh dari rumahnya.


Beberapa akhbar tempatan turut menyiarkan gambar Zhao yang pengsan.

Mengikut sistem diamalkan sejak zaman silam, seseorang boleh mengemukakan tuntutan mengenai pelbagai isu kepada kerajaan, termasuk masalah pengambilan tanah atau salah laku polis.


Bagi membolehkan isu itu ditangani pihak berkuasa, seseorang perlu mengemukakan petisyen kepada biro pengaduan awam berkenaan.

Sesetengah orang memilih untuk mengemukakan aduan itu di Beijing supaya masalah mereka lebih cepat diatasi. Bagaimanapun, majoriti penduduk tidak gemar mereka dikaitkan dengan tuntutan itu bagi menjaga imej kawasan berkenaan.


Kejadian menimpa Zhao menimbulkan kemarahan orang ramai dan sesetengahnya menyalahkan kerajaan.


Komuniti siber berpendapat, semua pihak yang berkaitan perlu dihukum sewajarnya kerana ia bukan kali pertama berlaku.


Sementara itu, pihak berkuasa berkata, kakitangan keselamatan yang diupah biro pengaduan awam itu bertanggungjawab atas kejadian berkenaan. - AFP

maut terlebih makan

Warga emas mati kerana terlebih makan

E-mel Artikel Cetak Artikel Tanda Artikel Besarkan Saiz Teks Kecilkan Saiz Teks Komen Artikel

KIEV: Ungkapan “makan sampai mati” mendapat takrif baru dalam pertandingan makan ladu di Ukraine, awal minggu ini.

Media tempatan melaporkan, Ivan Mendel, 77, diumum juara selepas berjaya menghabiskan 10 ladu- dikenali sebagai vareniki di Ukraine - dalam tempoh 30 saat.


Bagaimanapun, beberapa jam selepas diisytihar sebagai juara, Mendel dilaporkan sakit sebelum dikejarkan ke hospital.

Dia disahkan mati tidak lama kemudian.


Vareniki dihasilkan dengan tepung dengan intinya boleh diperbuat daripada pelbagai bahan, termasuk ceri, cendawan, kentang dan daging.


Pada 2008, seorang penuntut kolej berusia 23 tahun mati ketika menyertai pertandingan memakan pau di Taiwan.

Pertandingan itu adalah acara tahunan dan 60 pelajar dibahagikan kepada dua kumpulan untuk menghabiskan sebanyak mungkin pau.


Mangsa kemudian dilaporkan muntah tidak berhenti-henti sebelum tidak sedarkan diri.

Seorang lelaki Wales juga menemui ajal selepas menyertai pertandingan memakan kek pada 2008. - AP

Saturday, September 24, 2011

kurung wanita jadikan hamba seks

Kurung 6 hamba seks bawah tanah

E-mel Artikel Cetak Artikel Tanda Artikel Besarkan Saiz Teks Kecilkan Saiz Teks Komen Artikel

BEIJING: Seorang lelaki ditangkap kerana disyaki membunuh dua pelayan kelab malam dan mengurung empat wanita lain sebagai hamba seks dalam bilik bawah tanah.

Menurut laporan, Li Hao, bekas anggota bomba berusia 34 tahun yang sudah berkahwin dan mempunyai seorang anak, didakwa mengurung wanita berkenaan selama beberapa tahun dalam ‘penjara’ bawah tanah seluas 20 meter persegi yang dibinanya di Luoyang, tengah China.

Akhbar Southern Metropolis Daily melaporkan, Li mengaku membeli besmen itu empat tahun lalu dan menghabiskan masa sebelah malam untuk menggali ‘penjara’ setinggi empat meter di bawah besmen berkenaan, tempat dia tinggal bersama-sama tahanannya selama dua minggu sebulan.

Li memberitahu isterinya dia bekerja syif malam sebagai pengawal. Dia ditangkap awal bulan ini apabila seorang tahanannya meloloskan diri dan membuat laporan di balai polis.


“Li ditangkap dan dihadap ke muka pengadlian. Kami masih menyiasat kes itu,” kata jurucakap polis Luoyang yang enggan memberitahu namanya.


Akhbar berbahasa Inggeris, Global Times memetik seorang penduduk tempatan, Tian Yichen sebagai berkata, kes itu mengejutkan seluruh bandar berkenaan,
“Bangunan yang digunakan Li untuk mengurung tahanannya hanya terletak tiga kilometer dari Biro Keselamatan Awam Luoyang,” katanya. - AFP

Saturday, September 10, 2011

bogel ke sekolah


Berbogel untuk ke sekolah

Murid Sekolah Rendah Inpres (SDI) Maulumbi, Mukim Kanbera, Sumba Timur terpaksa menyeberangi sungai tanpa pakaian semasa pergi dan balik dari sekolah. - Agensi

SUMBA TIMUR - Kita biasa mendengar murid-murid ke sekolah dengan berjalan kaki, tetapi lain halnya yang berlaku di Sumba Timur, Nusa Tenggara Timur apabila murid sekolah rendah di sini terpaksa mengharungi arus deras sungai semata-mata untuk menuntut ilmu.

Itulah pemandangan biasa yang berlaku setiap pagi apabila kira-kira 20 murid Sekolah Rendah Inpres (SDI) Maulumbi, Mukim Kanbera terpaksa berenang dalam keadaan telanjang bagi mengelakkan pakaian seragam dan buku sekolah mereka basah.

Bukan sahaja perlu mengenepikan rasa malu, murid-murid berumur tujuh tahun hingga 15 tahun itu juga terpaksa menyeberangi arus deras Sungai Maulumbi yang turut dihuni buaya untuk pergi dan balik dari sekolah.

Pelajar-pelajar itu terpaksa menanggalkan pakaian seragam sekolah dan kasut mereka bagi mengelakkan ia basah sebelum menyimpannya di dalam beg sandang yang turut diisi kelengkapan lain sekolah.

Mereka bukan sahaja akan berada di dalam sungai untuk tempoh 10 minit, tetapi juga terpaksa berenang di tengah sungai yang agak dalam.

Setelah tiba di seberang, mereka perlu memakai semula pakaian seragam dan kasut sekolah sebelum meneruskan perjalanan seperti biasa.

Di tebing sungai, beberapa penjaga atau ibu bapa yang prihatin boleh dilihat menemani anak mereka, malah ada antaranya yang turut bersama menyeberangi sungai kerana bimbangkan keselamatan anak serta ancaman daripada buaya.

"Setiap pagi saya akan hantar anak menyeberangi sungai untuk ke sekolah. Saya juga akan menjemputnya pada waktu petang.

"Arus Sungai Maulumbi agak deras, buaya pula sering dilihat di sini. Saya bimbang akan keselamatan anak," kata Erlin Konda Nguna, 23.

Ibu muda itu berkata, murid-murid sekolah rendah yang tinggal di Sumba Timur juga terpaksa ponteng sesi persekolahan sekiranya banjir besar berlaku.

"Memang ada sampan di sini, tetapi hanya ada sebuah dan tidak mampu memuatkan semua orang pada satu-satu masa," katanya. - Agensi
TAJUK-TAJUK BERITA LA

Wednesday, September 7, 2011

mayat tunang dalam beg

Sembunyi mayat tunang dalam beg pakaian

E-mel Artikel Cetak Artikel Tanda Artikel Besarkan Saiz Teks Kecilkan Saiz Teks Komen Artikel

LONDON: Seorang lelaki membunuh tunangnya, guru muzik dan menyembunyikan mayatnya dalam beg pakaian dalam usaha untuk meyakinkan kekasih keduanya bahawa dia adalah bapa tunggal yang hidup bersendirian.

Sebuah mahkamah di sini diberitahu semalam, Andrew Lindo, 29, mencekik Marie Stewart di atas katil sebelum menghentak kepala tunangnya itu dengan kerusi dan akhir sekali menikamnya ketika dua anak mereka tidur pada 18 Disember lalu.


Lindo kemudian menyembunyikan mayat Marie, 30, dalam beg pakaian di garaj dan kemudian dengan tenang menjemput Angela Rylance, wanita ketiga yang dipanggilnya bakal isteri. Mereka bermalam di rumah itu.

Seminggu kemudian pada Khamis, bapa Marie dan anggota keluarganya datang berkunjung tetapi Lindo menipu mereka dengan berkata, mangsa berpindah untuk tinggal bersama dengan lelaki lain.


Keluarga itu bagaimanapun tidak mempercayainya lalu melaporkan kepada polis yang menyerbu rumah itu dan menemui mayat mangsa. Perbicaraan bersambung hari ini. - DM

xpakai seluar dalam

Lelaki tidak berseluar dalam pada Jumaat untuk kempen selamat anak babi

E-mel Artikel Cetak Artikel Tanda Artikel Besarkan Saiz Teks Kecilkan Saiz Teks Komen Artikel

BRUSSELS: Lelaki Brussels digalakkan tidak berseluar dalam pada Jumaat oleh kumpulan pencinta haiwan yang mahu menyelamatkan anak babi daripada dikembiri.

Sejumlah lima juta anak babi dikembiri di negara itu setiap tahun.

“Melalui kempen “‘Let’em hang!’, kami mahu meyakinkan penternak untuk tidak kembiri anak babi,” kata kenyataan Gaia, kumpulan pencinta haiwan.

“Kami harap ramai yang akan sertai kempen ini supaya pasar raya akan berhenti menjual daging anak babi yang dikembiri,” kata Michel Vandenbosch. - AFP

maut dibaham anjing sendiri

Mati dibaham anjing sendiri

E-mel Artikel Cetak Artikel Tanda Artikel Besarkan Saiz Teks Kecilkan Saiz Teks Komen Artikel

BATAM: Mayat seorang lelaki separuh umur ditemui dalam keadaan ngeri dengan anggota tubuhnya berkecai, dibaham empat ekor anjing peliharaan sendiri.

Tragedi berlaku di sebuah rumah di Batam Center yang dihuni mangsa, Andre Lumboga, 50.

Menurut polis, Andre baru saja pulang ke Batam setelah bercuti di kampungnya di Manado.

Petang kelmarin, jirannya menjumpai beg pakaian Andre di depan rumahnya. Jirannya itu tercium bau bangkai yang kuat dan terus melaporkannya kepada polis.


“Sewaktu tiba petang itu, kami hanya menjumpai tangan dan kaki mangsa,” jurucakap Polis Seksyen Batam Kota, Kompol Eriyana, semalam.


“Pakaian mangsa koyak rabak,” katanya

Anggota polis juga mendengar salakan anjing dari rumah Andre tetapi mereka tidak mengesyaki apa-apa kerana hari sudah malam.

Semalam, anggota polis kembali ke rumah Andre dan menemui kepala, tangan dan beberapa organ tubuh lain.

Polis juga menemui empat ekor anjing besar yang kelihatan buas. Malah, haiwan itu juga cuba menyerang polis.

Polis masih belum dapat memastikan jenis anjing itu tetapi ia mungkin jenis German Shepherd.

Siasatan awal polis mendapati Andre tinggal seorang diri tetapi tidak dapat mengesahkan bila Andre mati.

Mereka berpendapat anjing peliharaan Andrea bertindak ganas kerana mereka mungkin kelaparan. - Agensi

buaya tembaga


Buaya tembaga gergasi ditangkap

E-mel Artikel Cetak Artikel Tanda Artikel Besarkan Saiz Teks Kecilkan Saiz Teks Komen Artikel
PENDUDUK kampung mengerumuni buaya tembaga jantan sepanjang 6.4 meter yang ditangkap di bandar Bunawan, Pulau Mindanao, Filipina.
PENDUDUK kampung mengerumuni buaya tembaga jantan sepanjang 6.4 meter yang ditangkap di bandar Bunawan, Pulau Mindanao, Filipina.

MANILA: Seekor buaya tembaga berukuran 6.4 meter panjang, dipercayai yang paling besar ditemui, ditangkap di bahagian selatan Filipina setelah beberapa kejadian serangan buaya berlaku.

Seorang pemburu, Rollie Sumiller berkata, reptilia jantan seberat 1,075 kilogram itu dipercayai membaham seorang petani yang hilang Julai lalu di bandar Bunawan dan juga menyerang dan membaham kepala kanak-kanak perempuan berusia 12 tahun dua tahun lalu.

Pemburu itu menyiasat isi perut haiwan itu dengan memaksanya muntah selepas ia ditangkap Sabtu lalu, tetapi, tiada cebisan tubuh manusia ataupun kerbau yang dilaporkan hilang oleh penduduk di situ ditemui.

“Penduduk merasa lega, tapi kami tak pasti ia telah memakan manusia kerana mereka pernah melihat beberapa ekor buaya lain di kawasan itu,” kata Sumiller.


Kerajaan tempatan di bandar miskin yang menempatkan 30,000 orang penduduk itu, membuat keputusan untuk tidak membunuh buaya tetapi akan membuka sebuah taman semula jadi untuk mempamerkan buaya itu kepada orang ramai.


Ketua Bahagian Hidupan Liar, Kementerian Alam Sekitar Filipina, Josefina de Leon berkata, mungkin buaya itu adalah yang terbesar pernah ditangkap di dunia.

“Berdasarkan rekod yang ada, buaya yang terbesar ditangkap sebelum ini ialah sepanjang 5.48 meter,” katanya. - AFP