Saturday, December 25, 2010

Taukeh Kedai



Tauke kedai seks diracun


LONDON: Seorang pengasuh didakwa cuba meracun pemilik syarikat Ann Summers - sebuah kedai pakaian dalam dan barangan seks terkenal di Britain - dengan memasukkan cecair pencuci cermin ke makanan wanita terbabit.

Allison Cox, 33, diupah Jacqueline Gold bagi menjaga anak perempuannya, Scarlett, di kediaman mewah wanita itu di Whyteleafe, Surrey.


Beberapa hari lalu, Jacqueline, 50, berasa curiga apabila mendapati makanan dihidang Allison mempunyai rasa pelik.

Menurut sumber, apabila sampel makanan itu diuji, didapati ia dicampur dengan cecair pencuci cermin.


Polis kemudian menahan Allison di kediaman dianggarkan bernilai RM31 juta itu.


Jurucakap polis Surrey mengesahkan Allison dihadapkan ke mahkamah pada 17 Disember lalu dan berdepan tiga dakwaan cuba meracun Jacqueline.

Allison dijadual dibawa ke Mahkamah Majistret Tenggara Surrey di Redhill pada 5 Januari depan.


Jacqueline adalah anak pemilik kelab bola sepak West Ham United, David Gold.

Di Britain, Jacqueline disenarai sebagai wanita ke-16 paling kaya dan antara kejayaannya adalah menjadikan Ann Summers sebagai syarikat berjaya.


Jacqueline juga adalah ketua pegawai eksekutif syarikat Knickerbox dan pernah dijemput ke Istana Buckingham pada 2007 untuk diraikan bersama ahli perniagaan wanita berjaya lain.


Sebelum ini, akhbar tabloid terkemuka di Britain, Daily Mail pernah menyenaraikan Jacqueline sebagai seorang daripada 100 wanita paling berpengaruh di negara itu.


Jacqueline melahirkan pasangan kembar, Scarlett dan Alfie, pada tahun lalu.


Bagaimanapun, Alfie meninggal dunia akibat masalah otak lapan bulan kemudian. - Agensi

Friday, December 24, 2010

Bunuh Kerana Nak Atasi Rekod bunuh Orang Lain


Kanibal bunuh 14 wanita



LONDON: Mangsa pembunuhan yang dilakukan Stephen Griffith mungkin seramai 14 orang lapor polis Bradford, semalam.

Griffith mengakui menyembelih tiga pelacur dari Bradford tetapi memberitahu kekasihnya dia tidak akan berhenti membunuh sehingga dapat mengatasi rekod pembunuh dari Yorkshire, Peter Sutcliffe yang sudah membunuh 13 wanita.


Polis kini mencari 11 lagi mangsa pembunuhan Griffith dan meneliti kes pembunuhan beberapa wanita yang masih belum selesai.

Bekas kekasih Griffith, Amanda Judson, 45, memberitahu polis bahawa Griffith sudah merancang untuk mengatasi Sutcliffe sejak zaman remajanya.


“Dia beritahu saya dia hanya akan berhenti membunuh apabila sudah mengatasi Sutcliffe,” kata Amanda.


Griffith, 40, dihukum penjara seumur hidup, semalam selepas mengaku membunuh dan mengerat-ngerat mayat Susan Rushworth, 43, Suzanne Blamires, 36, dan Shelley Armitage, 31 sebelum memakan bahagian tertentu tubuh mereka.


Polis turut menyoal siasat Griffith di penjara terhadap pembunuhan pelacur dari Yorkshire iaitu Rebecca Hall, 19, dan Yvonne Fitt, 33.


Pegawai polis Yorkshire barat bekerjasama dengan ibu pejabat polis di daerah berhampiran serta Scotland Yard untuk memastikan sama ada lima lagi kes pembunuhan ada kaitan dengan Griffith.


Gemma Simpson, 23, dilaporkan hilang pada Mei 2000 sementara Dawn Shields, 19, pula ditemui mati dicekik di daerah Peak selepas hilang di kawasan pelacuran Sheffield pada 1994.


Micheala Hague, 25, mati ditikam sebanyak 19 kali pada malam perayaan Bonfire 2001 manakala pelacur dari Middlesbrough, Vicky Glass, 21, ditemui mati di kawasan sunyi di Danby, utara Yorks pada 2000. Perunding pengurusan, Diana Maw, 35, pula ditikam dengan busur silang di luar rumahnya di Ealing, barat London pada 1988. - Agensi

Kongsi artikel ini menerusi media sosial

Thursday, December 23, 2010

Jennifer







Foto separuh bogel Jennifer disebar



GAMBAR Jennifer ketika menjadi model di Jerman.
JAKARTA: Sejak terpilih menyertai pasukan bola sepak Indonesia, Irfan Bachdim menjadi tumpuan masyarakat termasuklah kehidupan peribadinya.

Sejak kebelakangan ini, gambar separuh bogel kekasihnya, Jennifer Jasmin Kurniawan menjadi perbualan hangat dalam forum di Internet.


Satu daripada gambar berkenaan memaparkan Jennifer hanya mengenakan seluar panjang dan topi. Wanita berdarah campuran Indonesia-Jerman itu tidak kekok ketika bergaya tanpa pakaian.

Selain itu, terdapat juga tiga gambar lagi yang menunjukkan penampilan seksi Jennifer berbaring di ranjang dengan hanya memakai pakaian dalam.


Pengurus Jennifer, Acil Seto Wijoyo mengakui wanita dalam semua gambar itu adalah Jennifer. Bagaimanapun, menurut Acil semua gambar itu sudah lama diambil iaitu ketika masih menjadi peragawati di Jerman.


“Gambar itu gambar lama iaitu ketika Jennifer masih di Jerman,” tutur Acil ketika dihubungi melalui telefon, semalam.


Jennifer lahir di Muehlacker, Jerman pada 6 April 1987 dan dia adalah kakak kepada Kim Jeffrey yang menyertai pasukan bola sepak Indonesia, baru-baru ini. - Agensi

Monday, December 20, 2010

Pulangkan Wang Mangsa

Janda kaya pulangkan lebih RM22.56 bilion

NEW YORK - Seorang janda, Barbara Picower akan memulangkan semula lebih AS$7 bilion (RM22.56 bilion) kepada mangsa-mangsa penipuan skim cepat kaya anjuran pelabur terkena yang kini dipenjarakan selama 150 tahun, Bernie Madoff.

Wang yang akan dipulangkan itu adalah milik suaminya, Jeffrey Picower yang telah meninggal dunia kerana serangan jantung di tepi kolam renang di rumah miliknya di pantai Palm, Florida, Amerika Syarikat (AS) pada 2009 semasa berumur 67 tahun.

Sebelum meninggal dunia, Jeffrey melabur dalam skim cepat kaya itu selama beberapa tahun dan memperoleh pulangan lumayan.

Namun, ekoran kematian Jeffrey, aset dan harta miliknya diwariskan kepada Barbara.

Peguam Bagi Daerah Selatan New York, Preet Bharara berkata: "Penyelesaian ini mewakili pemulangan kembali rampasan terbesar dalam sejarah AS."

Beliau menyatakan demikian dalam sidang akhbar mengenai pemulangan semula wang yang telah dilaburkan itu di sini pada Jumaat lalu.

Setakat ini, pemegang amanah yang dilantik mahkamah, Irving Picard hanya memperoleh semula wang yang telah dilaburkan Madoff sebanyak AS$1.55 bilion (RM4.85 bilion) sedangkan dia dipercayai pendakwa raya mengambil wang para pelabur sebanyak AS$65 bilion (RM203.74 bilion).

Pemulangan wang yang dilakukan janda kaya itu mungkin akan menyebabkan mangsa-mangsa penipuan skim cepat kaya anjuran Madoff mendapat sekurang-kurangnya separuh daripada jumlah wang yang telah dilaburkan mereka.

Selama bertahun-tahun, Madoff menggunakan wang pelabur baru untuk membayar dividen kepada pelabur lama.

Namun, ekoran krisis kewangan yang menyebabkan harga saham merudum pada 2009, Madoff terpaksa membuat pengakuan bahawa skim pelaburannya adalah skim cepat kaya.

Madoff mengaku bersalah pada tahun lalu kerana mewujudkan skim cepat kaya yang paling besar di dunia menyebabkan dia dihukum 150 tahun penjara. - Agensi

Friday, December 17, 2010

Hogan Kawin


Hogan kahwin, jurufoto bergusti

E-mel Artikel Cetak Artikel Tanda Artikel Besarkan Saiz Teks Kecilkan Saiz Teks Komen Artikel
JADI SUAMI ISTERI...Hogan memilih Jennifer yang 22 tahun lebih muda daripadanya.
JADI SUAMI ISTERI...Hogan memilih Jennifer yang 22 tahun lebih muda daripadanya.

FLORIDA: Majlis perkahwinan Hulk Hogan menjadi kecoh semalam apabila berlaku pergaduhan di antara wartawan dan pengawal keselamatan yang mengelolakan tetamu penggusti terkenal itu.

Menurut sumber, pada peringkat awal keadaan berlangsung dengan aman tetapi seorang jurugambar, Robert Martinez, cuba merempuh masuk ke majlis itu dan dihalang seorang rakan Hogan yang bertindak sebagai pengawal keselamatan.

Katanya, berlaku tolak-menolak di antara Martinez dan pengawal keselamatan itu.

“Martinez kemudian menolak dan mencekik pengawal itu dengan sikunya sebelum mendakwa memiliki pistol,” katanya.


Polis kemudian terpaksa dipanggil untuk meredakan keadaan.


Hogan, 57, melangsungkan perkahwinan dengan teman wanitanya, Jennifer McDaniel, 35, di rumahnya di Clearwater, Florida.

Penggusti itu kemudian menjelaskan di Twitter, dia sendiri langsung tidak menyangka akan berlaku kekecohan pada majlis berkenaan.

Polis turut mengesahkan menerima panggilan kecemasan tetapi menyatakan tiada sebarang senjata ditemui.

Sementara itu, dalam aduan kepada polis, Jennifer berkata, dia tidak pasti sama ada kekasaran itu dilakukan secara sengaja atau tidak.

“Tetapi saya mendengar dia mengaku membawa pistol,” katanya.

Walaupun kecoh, Hogan - atau nama sebenarnya Terry Gene Bollea - memastikan insiden itu tidak merosakkan majlisnya.

Dia juga berazam mengekalkan rumah tangga selepas perkahwinan pertamanya dengan Linda Claridge berakhir pada 2007 ketika mereka membintangi siri realiti televisyen, Hogan Knows Best.

Hogan mula menjalin hubungan dengan Jennifer sejak awal 2008 sebelum bertunang November tahun lalu.

Bagi Linda pula, dia tidak menunggu lama untuk mencari pengganti Hogan selepas mereka berpisah.

Dia kemudian berpacaran dengan kawan lama anak lelakinya, Charlie Hill, 19, dan mereka mengumumkan pertunangan pada Julai lalu. - Agensi

Wednesday, December 15, 2010

Kesha


Aksi seks oral Kesha di internet

KESHA

LOS ANGELES - Penyanyi yang popular dengan lagu Tik Tok, Kesha menjadi mangsa penyebaran gambar lucah peribadi miliknya, lapor sebuah akhbar semalam.

Gambar yang disebarkan oleh Perez Hilton di laman webnya, UnratedPerez itu menunjukkan seorang lelaki yang identitinya tidak diketahui melakukan seks oral ke atas Kesha.

Menurut laman web HipHopRX.com, Hilton pernah menyebarkan gambar kontroversi Kesha yang lain pada Julai lalu.

Namun, pada kali ini, gambar penyanyi itu lebih jelas.

Kesha merupakan antara selebriti antarabangsa seperti Miley Cyrus, Christina Aguilera dan Lady Gaga yang menjadi mangsa penggodam komputer yang mencuri gambar-gambar milik peribadi mereka dan menyebarkannya di Internet.- Agensi

Nobody

Godaan Nobody Wonder Girls

E-mel Artikel Cetak Artikel Tanda Artikel Besarkan Saiz Teks Kecilkan Saiz Teks Komen Artikel

HARI ini, siapa peminat hiburan yang tidak kenal Wonder Girls, kumpulan artis wanita paling popular dari Korea Selatan. Lima gadis genit itu berjaya mencetuskan fenomena di seluruh Asia sehingga Amerika Syarikat dan Eropah menerusi sebuah lagu yang menjadi 'trademark' nyanyian dan tarian mereka - Nobody.

Jauh daripada itu, single Nobody juga berjaya tersenarai dalam carta Top 100, US Billboard dan mereka muncul sebagai artis Korea pertama yang berjaya menembusi carta berkenaan. Selain Nobody, dua lagi lagu popular Wonder Girls adalah Tell Me dan So Hot.


Wonder Girls dianggotai Min Seon Yeh (Sun Ye), Park Yeh Eun (Yenny), Ahn So Hee (So Hee), Kim Yoobin (Yu Bin) dan Woo Hye Rim (Lim). Mereka bukan saja menjual paras rupa jelita dan tubuh seksi, tetapi kehebatan beraksi dengan gerak tarian yang cukup menggoda. Menyedari mereka begitu popular, konsert berskala besar pertama The 1st Wonder, Wonder Girls, Concert Live In Malaysia 2010 akhirnya dilangsungkan di Arena of Stars, Genting Highlands, Pahang, malam minggu lalu.

Sebelum ini, Wonder Girls yang juga duta Sony Ericsson, pernah membuat persembahan dan menyampaikan beberapa lagu di Konsert MTV World Stage Live In Malaysia 2010 yang berlangsung di Surf Beach Sunway Lagoon. Dapat dirasakan, persembahan Wonder Girls kali ini memang hebat dan mengagumkan. Kelebihan kumpulan yang tampil dengan genre pop dan tarian ini pastilah aksi yang menarik. Ribuan penonton yang memenuhi Arena of Stars, nampak sangat teruja menyaksikan aksi Wonder Girls dari dekat.


Lebih menarik, anggota kumpulan ini berusaha menyebut perkataan dalam bahasa Malaysia seperti "Apa Khabar? Nama saya Yenny, Kami Suka Malaysia, Terima Kasih dan Jumpa lagi" - membuktikan mereka berusaha menawan hati peminat tempatan.


Kumpulan ini juga mampu berkomunikasi dengan baik dengan audiens. Selain menghiburkan ribuan penonton, mereka juga sempat turun dari pentas untuk beramah mesra. Pada malam itu, Wonder Girls turut meraikan seorang peminat lelaki bertuah meraikan hari jadinya di pentas sambil memberikan cenderahati dan bergambar dengannya. Memang bertuah dan eksklusif.

Mengulas lanjut mengenai persembahan Wonder Girls pada malam itu, mereka membuat persembahan selama dua jam bermula 8.30 malam. Ternyata, suasana malam yang dingin di pusat peranginan terkemuka itu dihangatkan dengan persembahan mantap dan bertenaga dari mereka.


Barisan 21 repertoire lagu yang disampaikan mereka pada malam itu ialah So Hot, I Wanna, Goodbye, Nobody, This Time, So Hot (Yu Bin), Single Ladies (So Hee), Dance Break (Lim), Heahache (Pom Pom Girl), You Fool, Irony dan Tainted Love (Yenny). Sun turut menyampaikan lagu popular Josh Groban, You Raise Me Up dengan memakai busana serba putih. Ketika menyampaikan lagu I Tried pula, Sun dan empat lagi anggota Wonder Girls berpakaian serba putih dan turun ke pentas bersalaman dengan penonton.

Click Here

Lagu Different Tears pula lagu rancak dan mereka menyanyi sambil memetik gitar pada malam itu. Mereka mengajak penonton menyanyi bersama ketika menyampaikan lagu Tell Me dengan iringan enam penari.


Yenny yang lincah juga menyanyi sambil menunjukkan kebolehannya bermain piano. Lagu lain yang disampaikan mereka ialah Saying I Love You, Different Tears dan Nobody (versi rock). Kemuncak persembahan pada malam itu ialah dengan kemunculan mereka dengan gaun pendek seksi warna merah cili ketika menyampaikan lagu popular Nobody. Terdahulu, empat artis tempatan iaitu Wan Ying, Iz (One In A Million) dan Henry Hii membuat persembahan pembukaan pada malam itu.


Konsert yang julung kalinya dianjurkan di Malaysia itu dianjurkan StarPlanet dan Hwa Yea Multimedia. Mengimbas latarnya, Wonder Girls ditubuhkan pada awal 2007 dengan mempertaruhkan album mini mereka, The Wonders Begin di Korea. Sebulan kemudian, kumpulan ini mendapat anggota baru, Yoobin apabila anggota asalnya, Hyuna meninggalkan kumpulan itu.


Selepas itu, mereka melancarkan album penuh, The Wonder Years pada September dan lagu Tell Me terus menjadi hit.


Populariti Wonder Girls terus melonjak sejak itu. Mereka juga tampil dengan single So Hot pada Jun 2008 yang juga mendapat sambutan hangat, disusuli Nobody beberapa bulan kemudian sehingga menjadi satu lagu paling popular sepanjang tahun. Kumpulan ini juga beraksi dalam program realiti TV mereka, Wonder Bakery pada penghujung 2008.

Mereka pernah mengadakan konsert di Thailand dan Amerika Syarikat. Kemudian, sekali lagi kumpulan ini mendapat anggota baru apabila Sun Mi pula melangkah pergi pada Februari 2010 untuk melanjutkan pelajaran. Kekosongan Sun Mi digantikan anggota baru, Hye-Rim.


You know I still love you baby
And it will never change

Chorus
I want nobody, nobody but you
I want nobody, nobody but you
I don't want anyone else
I can't have anyone but you
I want nobody nobody, nobody nobody

Why are you trying to push me away? I hate it
You ignore what I am saying
Why are you trying to send me to other guys?
Why are you doing this?

Saying that this is for my own good
Saying that you are just not enough
Stop it right now, you know me well enough
Why are you forcing what you know I don't want?

Chorus
I'm satisfied, I'm happy
If I have you I don't want for anything else
Who do you want me to meet and be happy with?
I can't be happy away from your side

Saying that this is for my own good
Saying that you are just not enough
Why can't you understand that it makes no sense?
How can I be happy without you?

Chorus
I don't want nobody, body body
I don't want nobody, body body
Really, if it is not you
I hate it!

Chorus
Back to the days
When we were so young
And wild and free
Everything was just like a dream
I want to go back to those times
Why do you keep on pushing me away?
Why do you push me away?
I don't want nobody, nobody
Nobody nobody but you
Kongsi artikel ini menerusi media sosial

Saturday, December 11, 2010

Sky Chen

Dah Kena AID


Klinik tanpa lesen untuk pelakon lucah ditutup

DERRICK BURTS

LOS ANGELES - Klinik untuk pelakon-pelakon dalam industri filem lucah Amerika Syarikat yang bernilai berbillion-billion dolar, The Adult Industry Medical Healthcare Foundation (AIM) telah ditutup kelmarin.

Ia dilakukan sehari selepas seorang pelakon lucah yang berusia 24 tahun, Derrick Burts yang dijangkiti HIV positif mendakwa AIM tidak memberi rawatan dengan sewajarnya.

Kegagalan AIM berbuat demikian menyebabkan beberapa produksi filem lucah terpaksa menghentikan penggambaran akibat jangkitan HIV dalam kalangan pelakonnya.

"Mengikut undang-undang negeri, semua kemudahan yang menyediakan perkhidmatan perubatan perlu dikawal oleh negeri bagi memastikan ia memenuhi standard untuk menyediakan penjagaan kesihatan," kata seorang pegawai kesihatan tempatan.

"AIM tidak mempunyai lesen untuk melakukan operasi sebuah klinik perubatan. Arahan menghentikan operasi bermakna, AIM perlu menghentikan perkhidmatan perubatan sehingga ia memperoleh lesen bersesuaian dari pihak negeri," jelasnya. - AFP

Tari Tiang


Ramai wanita Jepun suka tarian tiang

SEORANG peserta Jepun, Eri Kamimoto membuat persembahan tarian tiang pada Kejohanan Tarian Tiang Antarabangsa di Tokyo kelmarin.

TOKYO - Tarian tiang yang kerap dikaitkan dengan unsur seks dan kelab tarian bogel kini berkembang pesat di Jepun sebagai kaedah senaman popular dalam kalangan wanita negara berkenaan.

Selepas tarian gelek melonjak popular di serata dunia sedikit masa lalu, kini wanita Jepun memilih tarian tiang sebagai trend terbaru mereka.

"Tarian tiang mempunyai dua cabang," kata seorang jurucakap Persatuan Tarian Tiang Antarabangsa, Tina Burrett ketika bercakap pada kejohanan antarabangsa ketiga sukan itu di sini kelmarin.

"Cabang pertama dikaitkan dengan tarian bogel dan industri seks tetapi pada masa kini saya berpendapat, cabang yang lebih dominan adalah tarian tiang yang berkait dengan kecergasan," tambahnya.

Menurutnya, aktiviti itu diminati oleh ramai wanita kerana ia bukan sahaja seksi tetapi memberikan senaman yang baik kepada mereka.

"Tarian tiang memerlukan tenaga dan stamina yang kuat kerana seseorang perlu menyokong berat badannya dengan menggunakan tangan," katanya. - AFP

Tidur Dalam Ais


'Dikurung' dalam blok ais 24 jam

KLAUS FOX baring di dalam blok ais di Spittal, Austria baru-baru ini.

SPITTAL, Austria - Satu rekod baru dunia dicatat kelmarin oleh seorang ahli silap mata, Klaus Fox yang masih hidup selepas dia 'dikurung' di dalam blok ais selama 24 jam di sini, lapor sebuah akhbar semalam.

Sepanjang aksi itu, Fox menyimpan sebuah telefon bimbit bersamanya bagi menghubungi teman wanitanya, Sabrina Pichler, jika berlaku kecemasan.

Rekod dunia sebelum ini turut dicatatnya dengan masa lapan jam.

Fox dan kekasihnya berharap untuk mengumpulkan dana untuk Tabung Anggota Bomba dan Penyelidikan Kanser melalui aksi cemas berkenaan. - Agensi

Bercium Kena Pecat


Dipecat kerana bercium semasa bertugas

GAMBAR rakaman video menunjukkan Jannine England
mencium pipi suaminya di dalam sebuah kereta polis pada tahun lalu.

MASSILLON, Amerika Syarikat (AS) - Seorang anggota polis wanita, Jannine England dipecat selepas dia mencium suaminya yang merupakan seorang ketua polis tempatan, Timothy Escola semasa bertugas, lapor sebuah akhbar semalam.

Dia mencium suaminya semasa mereka berada di dalam sebuah kereta polis yang membawa seorang suspek perompak pada tahun lalu.

Bagaimanapun, suaminya yang berumur 57 tahun itu dibenarkan untuk bersara dengan mendapat pencen penuh dan tidak dipecat.

Isterinya yang berusia 30 tahun itu tidak dibenarkan untuk meletakkan jawatan tetapi dia dipecat oleh pihak pengurusan polis.

England kemudian membuat aduan kepada Suruhanjaya Peluang Hak Persamaan Pekerjaan AS.

Dalam keputusan suruhanjaya itu, England didapati tidak dibenarkan untuk bersara kerana dia seorang wanita.

Suruhanjaya tersebut menyatakan England tidak menerima layanan yang sama seperti pegawai-pegawai lelaki lain.

Menurut suruhanjaya itu, pegawai-pegawai lelaki dibenarkan bersara walaupun mereka telah melakukan kesalahan semasa bertugas.

Bagaimanapun, pihak pengurusan bandar Massillon menyatakan ia berhak untuk memecat England kerana dia masih berada dalam tempoh percubaan semasa menjadi anggota polis. - Agensi

Dera Pakwe


Bekas ratu cantik dipenjara dera bekas kekasih

GAMBAR fail menunjukkan Kumari Fulbright bergambar semasa menjadi model kalendar.

TUCSON, Arizona - Seorang bekas ratu cantik, Kumari Fulbright, 28, kelmarin dihukum dua tahun penjara dan enam tahun dalam pemerhatian selepas dia menculik dan mendera bekas kekasihnya.

Fulbright yang merupakan bekas Ratu Cantik Daerah Pima mengaku bersalah pada tahun lalu kerana berkonspirasi melakukan penculikan dan menyerang bekas kekasihnya.

Pengakuan itu dibuat dalam satu perjanjian pengakuan bagi menentapkan hukuman penjara.

Menurut akhbar The Arizona Daily Star, terpulang kepada hakim untuk memutuskan berapa lama Fulbright akan diletakkan dalam pemerhatian selepas dia dibebaskan.

Fulbright yang merupakan bekas seorang pelajar undang-undang Universiti of Arizona ditangkap bersama tiga lelaki lain pada Disember 2007.

Wanita itu ditangkap selepas bekas kekasihnya memberitahu dia diikat dan dijadikan tahanan di antara lapan hingga sepuluh jam, dirompak dan didera. - Agensi

Cukai Pelacur

Pelacur kena bayar cukai harian


BERLIN: Berdepan dengan defisit berjumlah 100 juta euro (RM412 juta), sebuah bandar di barat Jerman memperkenalkan cukai harian terhadap pelacur bagi mengurangkan jurang bajetnya.

Cukai baru itu memerlukan pelacur di Dortmund membeli tiket harian berharga enam euro ( RM25) setiap hari mereka bekerja atau didenda.


Bandar berkenaan menjangka cukai baru itu akan membolehkan mereka menambah 750,000 euro (RM3 juta) dalam dananya setahun.

“Kami mengkaji beberapa cukai seks tetapi ini adalah paling praktikal,” kata jurucakap bandar raya itu, Michael Meinders. - Reuters

Friday, December 10, 2010

Christina



Gambar lucah Christina dicuri


LOS ANGELES: Penyanyi, pencipta lagu dan aktres, Christina Aguilera, mendakwa seorang penggodam menceroboh komputer dan mencuri sejumlah gambar separuh bogelnya untuk dimuat naik ke Internet.

Dakwaan itu dibuat selepas beberapa keping gambar lucah dan memberahikan selebriti itu dipaparkan laman sesawang semalam.


Tidak dapat dipastikan bila gambar itu dirakamkan, tetapi Christina berkata, ia dibuat untuk kegunaan peribadi dan bukan bagi tatapan umum.

Satu daripada gambar itu menunjukkan Christina - akan berusia 30 tahun Sabtu depan - mengenakan jeans dan baju putih pakaian jarang.


Gambar lain memaparkan dia hanya berseluar dalam, manakala hampir seluruh payu daranya terdedah.


Jurucakap Christina berkata, gambar itu dibocorkan kepada media selepas diperoleh penggodam secara haram apabila individu itu menceroboh ke akaun perunding imej bintang berkenaan.


“Gambar itu diambil secara tertutup di rumah Christina dan hanya untuk kegunaan peribadi antara beliau dan perunding imejnya,” kata jurucakap itu.


Menurut jurucakap berkenaan, penggodam dan media yang menyiarkan gambar itu bertindak secara tidak bertanggungjawab.

Ketika ini, kata jurucakap itu, pihaknya sedang mengenal pasti penggodam terbabit secara intensif sebelum tindakan selanjutnya diambil.


“Perbuatan itu sangat keji,” katanya. - Agensi

Wednesday, December 8, 2010

Ibu Anak Penyamun

Ibu, anak samun 5 bank


METZ: Seorang peniaga wanita dan anak lelakinya didakwa kerana merompak lima bank untuk ‘membalas dendam terhadap negara’, semalam.

Bekas penuntut undang-undang, Fabienne Levy, 51, dan Jeremie, 21, dituduh melarikan kira-kira RM736,000 dari dua bank di Jerman dan tiga lagi di Perancis pada 2006 dan 2007.


Jeremie - masih di bawah umur ketika rompakan dilakukan - dituduh bersubahat dengan Fabienne dengan menjadi pemandu kepada pemilik kedai berkenaan ke tiga bank yang akan dirompak.

Jeremie berdepan hukuman penjara 10 tahun, manakala ibunya 20 tahun.


Dalam perbicaraan, Fabienne memberitahu mahkamah di Metz, dia tiba di bank berkenaan memakai rambut palsu serta cermin mata gelap.


Senjata yang digunakan - satu penyembur lada.


Katanya, dia menggunakan bahasa Jerman dan tidak ganas ketika melakukan rompakan berkenaan.


“Saya mengucapkan ‘Helo’ ketika tiba,” katanya.

Menurut Fabienne, dia meluat dengan sistem keadilan selepas dikecewakan pada 2005 apabila keretanya dicuri bekas suaminya.


Pegawai penyiasat berkata, bagi Fabienne, bank adalah institusi yang mewakili sistem sebuah negara yang menindas orang tidak bernasib baik.


Hidup Fabienne musnah selepas dia diisytihar muflis pada awal tahun 2000.


Menjelang perbicaraannya, Fabienne memberitahu sebuah stesen radio dia mahu ‘membalas dendam’ dan mendapatkan haknya semula.


Bagi Fabienne, dia tidak pernah menyesali perbuatannya itu.


“Ketika memiliki kedai dulu, bank melayan saya dengan sangat baik, tetapi apabila saya kesempitan wang, mereka menganggap saya tidak lebih daripada sekadar sampah,” katanya. - AFP

Barbie

Barbie boleh disalah guna

LOS ANGELES 7 Dis. - Biro Siasatan Persekutuan (FBI) mengeluarkan 'amaran jenayah siber' untuk sebuah anak patung baru Barbie yang dilengkapi dengan kamera video kecil tersembunyi di dadanya, yang dikatakan boleh disalah guna untuk membuat video porno kanak-kanak.

Laporan yang dikeluarkan oleh pejabat FBI di Sacramento pada 30 November lalu bertajuk Video Girl Barbie, Kaedah Yang Mungkin Digunakan Bagi Penghasilan Pornografi Kanak-Kanak', memberi amaran bahawa kamera pada patung itu mampu merakam video sehingga 30 minit yang boleh dimuat turun ke dalam komputer.

Amaran itu mendapat liputan media selepas ia tersalah hantar ke beberapa organisasi berita.

Jurucakap FBI, Jenny Shearer berkata, pihaknya tidak mahu isu itu diperbesar-besarkan dan menyifatkan laporan itu adalah untuk kegunaan penguatkuasaan undang-undang.

"Tiada sebarang insiden dilaporkan yang menunjukkan anak patung ini disalah guna.

"Untuk makluman, tujuan amaran itu ialah untuk memastikan agensi penguatkuasa menyedari bahawa anak patung itu, seperti peralatan video yang lain, boleh memberi sebarang petanda dan tidak boleh dipandang remeh sewaktu menjalankan pemeriksaan," katanya.

Anak patung Barbie Video Girl yang dihasilkan oleh Mattel Inc dan mula dijual pada Julai lalu itu mengandungi sebuah kamera video kecil di dadanya yang disembunyikan di dalam sebuah loket.

Rakaman dari kamera itu boleh dilihat pada skrin LCD di bahagian belakang anak patung itu atau dimuat turun ke dalam komputer.

Amaran FBI itu berkata, tiada sebarang tanda-tanda yang menunjukkan ia boleh dimasukkan secara terus ke Internet.

"FBI tidak melaporkan mengenai sebarang kejadian. Steve Dupre dari pejabat FBI di Sacramento mengesahkan tiada sebarang insiden yang menunjukkan anak patung itu disalah guna.

"Produk-produk Mattel direka demi kepentingan kanak-kanak. Kebanyakan pekerja Mattel terdiri daripada golongan ibu bapa dan kami memahami tentang pentingnya keselamatan kanak-kanak yang merupakan keutamaan kami," kata Mattel dalam satu kenyataan. - REUTERS

Thursday, December 2, 2010

Star


Bintang YouTube Taiwan
Oleh ADLAN JAAFAR
hiburan@kosmo.com.my

LIN YUN CHUN hadir di Hotel JW Marriot, Kuala Lumpur bagi memperkenalkan album terbarunya yang berjudul It's My Time.

LETAKKAN diri anda sebagai seorang yang tidak mempunyai rupa yang menarik tetapi hanya bermodalkan suara merdu. Lebih penting lagi, mempunyai suntikan minat yang mendalam dalam bidang nyanyian.

Kemudian video rakaman nyanyian anda dimuat turun ke dalam laman YouTube dan menjadikan anda seorang bintang dalam sekelip mata.

Begitulah perjalanan awal seorang jejaka berusia 24 tahun berasal Taiwan, Lin Yun Chun. Dia dianggap mempunyai penampilan yang unik, hingga ada yang menyatakan rambut dan gaya berpakaiannya sama seperti karakter Giant dalam animasi Doraemon. Tetapi itulah faktor yang membuatkan dia diingati di samping suaranya yang mampu mencapai nada yang tinggi.

Lin Yun Chun asalnya menjadi pencabar kepada para peserta dalam program realiti TV Super Star Avenue di Taiwan dengan menyanyikan lagu I Will Always Love You nyanyian asal Whitney Houstan. Video rakaman tersebut telah dimuat naik di laman YouTube dan telah ditonton lebih 8,900,000 kali dan menjadikan dia seorang selebriti Internet.

Akhir November lalu, Lin Yun Chun telah hadir ke Malaysia untuk memperkenalkan album serta mengadakan persembahan sempena pelancaran Yes - The Fastest 4G Mobile Internet With Voice. Sidang media yang berlangsung di Hotel JW Marriot bermula dengan memperkenalkan Lin Yun Chun atau dikenali juga Jimmy Lin serta album terbarunya yang berjudul It's My Time.

Lin Yun Chun yang juga turut mempunyai album bahasa Cina berjudul Next Stop To The Future berasa bertuah kerana diberi peluang berkolaborasi dengan penerbit yang juga pemenang Anugerah Grammy, Walter Afanasieff dalam album It's My Time. Walter juga merupakan penerbit lagu My Heart Will Go On nyanyian Celine Dion.

Pernah membuat persembahan dalam program terkenal seperti The Ellen DeGeneres dan America's Got Talent, Lin Yun Chun menyatakan perasaan bangganya bergelar orang Asia dan dapat menyanyikan lagu berbahasa Inggeris dengan fasih.

"Bahasa Inggeris bukan bahasa pertuturan saya. Saya fikir menjadi seorang yang tidak fasih berbahasa Inggeris tetapi mampu menyanyikan dalam bahasa tersebut seolah-olah fasih menggunakan bahasa tersebut menjadikan masyarakat cepat mengenali saya," ujar Lin yang menggunakan khdimat penterjemah ketika sesi soal jawab berlangsung.

Tidak pernah belajar vokal secara profesional, Lin Yun Chun amat meminati penyanyi hebat, Whitney Houston.

"Dia mampu menyanyikan pelbagai nada dengan baik. Setiap nyanyian Whitney Houston mempengaruhi diri saya dalam semua aspek," katanya lagi yang turut meminati Susan Boyle dan Charice.

Ketika ditanya mengenai gaya rambutnya yang unik, Lin Yun Chun ketawakerana gaya tersebut merupakan salah satu faktor dirinya dikenali ramai.

"Sebenarnya saya tidak merancang untuk mempunyai gaya rambut ini. Sebelum ini saya juga mempunyai gaya yang lain.

"Saya muncul dalam program realiti TV dengan gaya ini dan orang mengenali saya. Stail rambut ini bukan selamanya tetapi buat masa sekarang saya selesa begini," tambah Lin Yun Chun lagi.

It's My Time memuatkan sepuluh buah lagu dengan dua buah lagu Inggeris, I Will Always Love You dan Amazing Grace. Kedua-dua albumnya sudah berada dipasaran sejak 20 September 2010.

Jadi Jutawan Internet


Jadi bilioanir jual laman web

LAMAN web Groupon milik Andrew Mason.

LONDON - Seorang usahawan Internet, Andrew Mason, 29, bakal mengikuti jejak langkah pengasas laman sosial Facebook, Mark Zuckerberg, 26, dengan menjadi bilionair apabila dia bersetuju untuk menjual laman web beliau kepada enjin carian Internet, Google, lapor sebuah akhbar semalam.

Mason dikatakan bersetuju untuk menjual laman web bernama Groupon itu kepada Google dengan harga £4.1 billion (RM20.2 billion).

Beliau sebelum ini turut dilaporkan menolak tawaran daripada sebuah lagi enjin carian Internet, Yahoo kerana ia hanya menawarkan sebanyak £1.3 billion (RM6.4 billion) untuk membeli laman web terbabit.

Laman web yang telah dibina sejak dua tahun lalu itu telah menawarkan sebanyak 1,000 peluang pekerjaan di tempat kelahiran Mason iaitu Chicago, Amerika Syarikat selain digunakan oleh 2.5 juta pengguna di Britain.

Bagaimanapun kerana kelebihan yang ditawarkan seperti diskaun pembelian tiket wayang dan pelbagai barangan lain melalui Internet sehingga 90 peratus, jumlah pelayar kini semakin bertambah sebanyak 10 peratus setiap minggu.

Bagaimanapun, ia masih tidak boleh menyaingi Facebook kerana laman sosial itu kini bernilai £32 billion (RM158.1 bilion). - Agensi

Bunuh

11 dibunuh kerana ‘kasihan’


MADRID: Seorang petugas pusat kebajikan mengaku melakukan ‘pembunuhan kasihan’ terhadap 11 penghuni rumah orang tua dengan meracun mereka menggunakan peluntur, memberi insulin berlebihan atau mencampurkan sejumlah ubat.

Akhbar El Mundo semalam melaporkan, Joan Vila, 45, mengaku di depan hakim dia membunuh lapan penghuni rumah orang tua itu sejak tahun lalu.


Vila yang bekerja di rumah kebajikan La Caritat di bandar Olot ditahan pihak berkuasa pada 18 Oktober lalu.

Peguam Vila, Carles Monguilod, berkata tertuduh berniat mahu ‘menamatkan penderitaan’ mangsa ketika melakukan pembunuhan itu.


Dua daripada mangsa diberi insulin berlebihan, manakala enam lagi mati hasil campuran pelbagai ubat.


Doktor menganggap semua mangsa meninggal dunia atas sebab semula jadi.


Bagaimanapun, beberapa doktor mula membuat aduan kepada polis selepas menemui kesan terbakar pada mulut dan kerongkong seorang wanita berusia 85 tahun yang mati bulan lalu.


Selepas disoal siasat, Vila mengaku memaksa wanita terbabit serta dua lagi penghuni rumah itu menelan cecair peluntur.

Akhbar el Periodico melaporkan, pembunuhan pertama Vila berlaku pada Ogos 2009, sebelum satu lagi beberapa bulan kemudian.


Sembilan lagi mangsa dibunuh tahun ini.


Pengakuan Vila dibuat 10 hari selepas seorang hakim mengarahkan lapan kubur digali semula sebagai sebahagian daripada siasatan kes berkenaan.


Monguilod berkata, hanya enam daripada mayat itu ada kaitan dengan Vila.


“Tertuduh berasa simpati melihat penderitaan penghuni rumah itu dan cuba memberi mereka sedikit kedamaian,” katanya. - AFP