Sunday, November 20, 2011

pm itali

Kaya, mafia dan gila seks



ANTARA ribuan rakyat yang berhimpun pada malam pengumuman peletakan jawatan Berlusconi di depan kediamannya di Milan.



ANTARA puluhan pemimpin dunia yang terdapat di muka bumi ini tidak ada yang mampu menyaingi 'kehebatan' bekas Perdana Menteri Itali, Silvio Berlusconi.
Ini bukan kerana kebolehan memimpin mahupun menjadi ketua negara yang diharap mampu menjaga kepentingan rakyat, tetapi lebih diakui dengan kehebatannya menyalahguna kuasa, berkepentingan dalam perniagaan walaupun masih memimpin, kekebalannya ketika berhadapan pertuduhan rasuah di mahkamah dan pastinya kisah tumpuan di ranjang bersama pelbagai pasangan yang jauh lebih muda.
Kontroversi
Peliknya beliau masih terus berkuasa walaupun di ulit pelbagai kontroversi malah menjadi pemimpin paling lama memegang jawatan Perdana Menteri selepas tamat Perang Dunia Kedua dan ketiga dalam sejarah sejak penyatuan Itali di belakang Benito Mussolini dan Giovanni Giolitti.
Namun akhirnya kisah pemimpin berusia 75 tahun ini berakhir dengan pengumuman pengundurannya pada Rabu lepas, sesuatu yang sebelum ini dilihat sukar berlaku.
Peletakan jawatan beliau ini bukan kerana skandal seksnya jauh sekali penyelewengan dan salahguna kuasa tetapi kerana mengikut kehendak Parlimen yang meluluskan pendekatan untuk mengembalikan keyakinan kepada pasaran kewangan awam Itali seperti yang dikehendaki negara-negara Eropah lain.
Ini sekaligus membolehkan satu kerajaan sementara dibentuk dalam usaha menyelamatkan Itali dari krisis kewangan.
Moral
Oleh itu, jelas soal moral dan pemimpin yang korup bukanlah satu masalah bagi negara seperti Itali kerana yang penting bagi mereka adalah ekonomi dan wang semata-mata.
Di dunia Arab rakyatnya sanggup berjuang di jalanan dan terkorban di tangan saudara sebangsa semata-mata atas usaha menghancurkan pemimpin yang mereka lihat sangat korup, menindas dan tidak mengamalkan demokrasi.
Lihat saja apa yang berlaku di Tunisia, Mesir, Libya dan Syria, jika dibandingkan rakyat Itali, sekurang-kurang mereka berkorban untuk menentang ketidakadilan.
Tetapi ini tidak berlaku di sebuah negara maju seperti Itali yang tidak mampu menundukkan pemimpin playboy seperti Berlusconi yang jelas korup, menyalahguna kuasa dan menindas kaum hawa.
Namun akhirnya Berlusconi rebah jua, tetapi bukan dengan kuasa rakyat yang mahu melihat perubahan dan menghukum pemimpin yang begitu rosak moralnya, tetapi tunduk demi kerana wang dan angka.
Memang benar Berlusconi terduduk, namun kelihatannya beliau masih lagi cuba berlagak seperti biasa tanpa sebarang kekesalan kerana masih sempat melancarkan album barunya pada hari peletakan jawatan, yang bertemakan cinta dan kasih sayang.
Cipta lagu
Lebih membingungkan beliau bersama dengan rakan rapatnya Mariano Apicella, menulis sendiri lirik dan mencipta lagu dalam album berkenaan yang diberi tajuk True Love.
Oleh itu adalah tidak menghairankan bagaimana playboy tua ini mampu menundukkan wanita dengan magis bicara puitisnya seperti mana bait-bait lirik yang diciptanya.
Lihat saja antara bait-bait lirik yang ditulisnya;
Satu lagi hari bersama hembusan angin dan hujan,
juga diselangi malam tanpa kau di sisi,
dan aku mengharapkan kau tidak pergi dan meninggalkan bersama hatimu di sisi,
Dan lirik kedua
Aku menghulurkan tanganku untuk dekat di sisimu,
segalanya adalah hanya untukmu,
aku terlalu mengagumi dirimu dan aku juga terlalu merinduimu.
Jika beginilah caranya walaupun sudah lanjut usia adalah tidak mustahil begitu ramai wanita rebah dirangkulannya malah sering saja dihambur pujian serta digambarkan sebagai 'lelaki hebat di ranjang' oleh kesemua perempuan simpanannya, dan sudah pasti juga kerana poketnya yang tebal.
Sebagai contoh kejaguhannya' itu diakui oleh salah seorang wanita simpanannya yang menjadi penghias muka hadapan majalah Playboy edisi Itali pada bulan lepas, Evelina Manna.
Tiada tandingan
Ujarnya ketika diwawancara, Manna mengenali Berlusconi pada tahun 2005 dan berlanjutan selama empat tahun, mengakui lelaki ini sangat istimewa dan begitu didambakan.
Manna juga mengakui bahawa sehingga kini masih belum ada lelaki yang mampu menandingi Berlusconi dan mengiktiraf beliau sebagai 'jantan sebenar'.
Sebagai perbandingan apabila semakin berusia seseorang lelaki itu semakin matang dan waras tindakan yang akan diambilnya. Tetapi tidak bagi Berlusconi dimana semakin tua beliau dilihat lebih bernafsu dan pada masa sama tidak langsung menghormati wanita seperti yang sepatutnya.
Ini dibuktikan beliau dengan mempunyai sebuah bilik mewah khusus untuk hubungan seks yang diberi nama bunga-bunga room.
Bilik berkenaan yang dilengkapi sebuah piano besar, ruang tari menari serta sebuah singgahsana menggambarkan betapa besarnya selera beliau terhadap seks!
Mengheret
Sehingga kini tidak ada gambaran sebenar tentang jumlah wanita yang pernah bersama dengannya dan tidak ada antara mereka yang mahu mengheret lelaki ini ke muka pengadilan.
Malah sekian ramai di antara mereka seolah-olah berbangga dikaitkan mempunyai skandal dengannya. Namun akhirnya nasib tidak menyebelahinya kerana Berlusconi dikaitkan menjalin hubungan dengan seorang gadis bawah umur berusia 17 tahun yang akhirnya mengheretnya ke mahkamah.
Kisah Ruby Rubacauri, gadis penari gelek berasal dari Maghribi atau nama sebenarnya Karima El Mahroug telah dipelawa menghadiri sebuah parti di kediaman Berlusconi pada November 2010.
Dalam kenyataannya di mahkamah, Ruby mendakwa dia bersama 20 wanita lain telah diminta menarikan tarian bunga-bunga dalam keadaan bogel.
Perbicaraan
Akibatnya pemilik kelab bolasepak terkenal A.C Milan, telah dihadapkan ke mahkamah pada 6 April 2011 dan perbicaraan ini digelar sebagai perbicaraan paling menarik abad ini.
Sebenarnya perbicaraan di mahkamah bukanlah sesuatu yang asing bagi Berlusconi. Ini memandangkan beliau dikatakan telah menghabiskan wang sebanyak AS$400 juta (RM1.2 bilion) sejak tahun 1994, hanya untuk pembayaran denda dan membayar yuran guaman sahaja.
Kebanyakan pertuduhan melibatkan beliau ini bertumpu kepada kes merangkumi penggelapan wang, penipuan, rasuah dan pelbagai lagi.
Dengan jumlah wang sebanyak ini yang dihabiskan secara sia-sia sudah pasti kita boleh membayangkan tentang kekayaan yang dimilikinya.
Kekayaan
Berdasarkan majalah Forbes 2010, Berlusconi merupakan orang ketiga terkaya di Itali dan dianggarkan memiliki harta sebanyak AS$9 bilion (RM27 bilion).
Anak kepada pekerja sebuah bank tempatan dan suri rumah ini sememangnya telah dikenali dengan semangat usahawan sejak kecil apabila meminta bayaran daripada kawan-kawannya untuk menyaksikan pertunjukan boneka yang dilakukannya sendiri.
Ketika zaman mudanya beliau pernah menjadi jurujual penyedut hampagas, jurugambar dan penyanyi di atas kapal mewah sebelum melanjutkan pelajaran dalam bidang undang-undang di Universiti Milan.
Kejayaan beliau dalam perniagaan mula membuahkan hasil sekitar tahun 1960-an dalam bidang hartanah dan pembinaan. Antara projeknya paling berjaya adalah pembinaan kawasan perumahan melibatkan 10,500 buah rumah di daerah Segrate.
Namun kejayaan beliau yang paling besar adalah dalam bidang media apabila menubuhkan sebuah stesen televisyen kabel Telemilano, pada 1973. Berlusconi kemudiannya memperbesarkan perniagaan ini dengan menubuhkan kumpulan media Fininvest.
Mafia
Syarikat ini kemudiannya membuat keuntungan yang sangat lumayan hanya dalam tempoh beberapa tahun. Namun bagaimana kekayaan ini mampu diperoleh dengan cepat masih menjadi persoalan sehingga kini kerana sistem pengurusan syarikatnya yang kompleks walaupun pernah disiasat dan didakwa di mahkamah.
Namun persoalan yang paling jelas tentang perkara ini adalah penglibatan kumpulan jenayah terancang atau Mafia, yang sememangnya sesuatu yang sinonim dengan negara itu.
Kesan
Kini syarikat utamanya Mediaset, menghimpunkan tiga syarikat televisyen negara. Selain itu beliau juga memiliki syarikat pengiklanan dan publisiti terbesar, Publitalia, syarikat penerbitan terbesar, Arnoldo Mondadori Editore, akhbar berpengaruh il Giornale dan Il Foglio, syarikat perbankan dan insurans terbesar Mediolanum dan banyak lagi.
Kisah mengenai lelaki ini mungkin tidak akan meninggalkan kesan jika beliau hanyalah seorang lelaki kaya yang tidak memegang jawatan tinggi dalam sebuah negara.
Namun kerana beliau adalah seorang pemimpin, pastinya kesan adalah sangat berbeza dan dilihat mewakili rakyatnya di kaca mata antarabangsa.
Sememangnya Berlusconi sama ada mahu dibenci atau mungkin juga dihormati, pastinya akan tetap meninggalkan nama dan keunikannya yang tersendiri kelak.
TAJUK-TAJUK BERITA LAIN:

Friday, November 18, 2011

cikgu onani

Guru matematik mengaku beronani dalam kelas sejak 10 tahun lalu


E-mel Artikel Cetak Artikel Tanda Artikel Besarkan Saiz Teks Kecilkan Saiz Teks Komen Artikel
CHICAGO: Seorang guru matematik yang mengaku melakukan onani dalam kelas sejak 10 tahun lalu bakal didakwa di mahkamah selepas dia ditangkap ketika melakukan perbuatan itu di sebuah sekolah Kristian, kata pendakwa semalam.
Paul LaDuke, 75, bertugas di Sekolah Kristian Schaumburg sejak 26 tahun lalu sehinggalah Jumaat lalu apabila seorang pelajar melihat telatahnya di sebalik podium digunakan guru sekolah berkenaan.

Jurucakap Pejabat Pendakwa Daerah Cook berkata, pelajar terbabit kemudian melarikan diri untuk meminta pertolongan.
“Ketika mengajar kelas algebra pada jam 10 pagi, LaDuke memakai apron dan duduk di belakang podium sambil melihat pelajarnya menyiapkan tugasan.

“Dia membuka seluar dan mula melancap,” katanya.

Ketika itu ada 13 pelajar dalam kelas LaDuke dan sembilan daripadanya berusia 16 tahun, manakala empat lagi sekurang-kurangnya 17 tahun.

Selepas disoal siasat, LaDuke membuat pengakuan bertulis bahawa dia melakukan perbuatan itu sejak 10 tahun lalu.

Pihak berkuasa berkata, lelaki terbabit juga mengaku berfantasi mengenai pelajar perempuannya ketika beronani.
Hakim membenarkan LaDuke dibebaskan dengan ikat jamin RM12,000, tetapi pada masa sama melarangnya berhubung dengan mana-mana pelajar atau kakitangan di sekolahnya. - AFP

Wednesday, November 16, 2011

miss

Kimberly Miss Universe 2012



Sebahagian finalis yang bertanding pada pertandingan Miss Universe 2012, di Kuala Lumpur, baru-baru ini.



MENCARI gadis yang cantik bukan tugas yang mudah. Tambahan pula ia perlu memiliki pakej yang lengkap termasuklah berperwatakan menarik, bijak berkata-kata serta pandai menyesuaikan diri.
Namun, itulah yang dikatakan rezeki apabila kemenangan berpihak kepada gadis ini dan terpilih sebagai Miss Universe 2012 dalam pencarian gadis yang cantik dan bijak.
Dalam kejayaan tersebut, Kimberley Ann Estrop-Leggett, 18, berjaya menewaskan lapan peserta lain pada acara malam kemuncak gala yang diadakan di Pusat Konvensyen Sunway Pyramid, Kuala Lumpur, baru-baru ini.
“Saya tidak fikir anda boleh menentukan apa yang rakyat Malaysia kelihatan ( penampilan dirinya),” ujarnya.
Anak kelahiran Pulau Pinang ini merupakan salah seorang peserta daripada 19 peserta yang telah dipilih daripada lebih seribu penyertaan dalam sesi uji bakat yang diadakan di seluruh negara.
Menurut gadis yang berketinggian 175 sentimeter itu, dia tidak menyangka terpilih sehingga ke peringkat yang tertinggi apatah lagi membawa pulang gelaran Miss Universe.
Katanya , sepanjang menyertai program tersebut dia terpaksa menangguhkan pengajiannya demi meneruskan cita-citanya ingin menjadi Ratu Cantik.
Malah akui pelajar jurusan perniagaan dan ekonomi ini, dia berhasrat untuk menyambung pengajiannya selepas ini.
“Saya pasti akan menyambung kembali pengajian saya tetapi selepas semua ini selesai,’’ ujar Kimberley.
Lebih menarik, pada pertandingan akhir itu gadis berketurunan British-Belanda itu berjaya menewaskan lapan peserta akhir termasuk peserta pilihan, Aileen Gabriella Robinson, 22, yang mempunyai undian paling ramai di kalangan peminat.
Malah gayanya yang penuh bersahaja ketika berhadapan juri memberikan peluang terbaik sekali gus dipilih menjadi pemenang utama.
Dia yang memiliki wajah 1Malaysia melahirkan rasa syukur yang tidak terhingga ketika terpilih menjadi pemenang.
Menerusi kemenangan tersebut, dia dijangka akan mewakili negara pada pertandingan Miss Universe tahun depan.
Sementara itu pemenang kedua dan ketiga masing-masing dimenangi oleh Boon Lu Xanne, 24, dan Juanita Ramayah,20.

Saturday, November 5, 2011

budak terkurung

Budak 3 tahun terkurung, selamat

Shylah Silbery


WELLINGTON 4 Nov. - Seorang kanak-kanak perempuan berusia tiga tahun yang terkurung selama dua hari di dalam rumah berjaya mengharungi kehidupan dengan minum lebihan susu dan makanan selepas ibunya meninggal dunia secara tiba-tiba di rumah mereka di sini, baru-baru ini.
Keadaan tersebut hanya disedari jiran terdekat setelah keluarganya tidak dapat menghubungi ibu kanak-kanak itu, Lauren Silbery, 28 tahun yang meninggal dunia.
Menurut bapa saudaranya, Pete Silbery, kanak-kanak perempuan tersebut dapat membuka peti sejuk untuk mengambil makanan dan menenangkan dirinya dengan bermain anak patung beruang yang diberi nama 'Possum'.
"Kali terakhir kami menghubunginya (Lauren) ialah pada 19 Oktober lalu dan dua hari kemudian kami cuba menghubunginya lagi, namun tiada sebarang jawapan.
"Bimbang dengan keadaan tersebut, kami meminta jiran terdekatnya untuk pergi ke rumah Lauren bagi melihat apa yang berlaku," katanya.
Daripada pemerhatian jiran tersebut, dia mendapati Shylah berada di dalam rumah, namun ibunya tidak kelihatan, sekali gus menyebabkan keluarganya menghubungi polis.
Sejurus itu, polis datang ke rumah Lauren dan memujuk gadis kecil itu menarik meja kopi ke arah pintu untuk membukanya.
Selepas kejadian tersebut, Shylah dibawa ke hospital untuk mendapatkan rawatan akibat kekurangan air dan ruam lampin.
Sementara itu, pihak berkuasa masih menunggu hasil bedah siasat ke atas mayat Lauren. - Agensi