Thursday, January 20, 2011

Murid Cabul guru

Lelaki cabul guru disebat 25 kali depan umum


COLOMBO: Mahkamah di Maldives mengarahkan seorang lelaki dirotan 25 kali di hadapan umum dan dipenjara dua tahun kerana mencabul seorang guru perempuan Jepun, kata jurucakap polis, Ahmed Shiyam, semalam.

Menurut Ahmed, hukuman dijatuhkan mahkamah jenayah di Mali selepas suspek mengaku bersalah dalam kejadian yang dilakukan November lalu.


Insiden jenayah jarang berlaku di Maldives, kepulauan di Lautan Hindi yang dihuni 330,000 umat Islam daripada golongan ahli Sunnah.

Negara yang terkenal untuk destinasi bulan madu itu mempunyai undang-undang shariah tersendiri yang membolehkan hukuman sebat di khalayak ramai dilakukan terhadap pesalah jenayah seksual. “Pesalah itu akan disebat 25 kali pada waktu yang akan ditentukan mahkamah kelak,” katanya lagi. - AFP

No comments:

Post a Comment